Page 123
Page 123
Mari mulakan dengan doa supaya saya tidak berakhir di lokap selepas entri ini. Haha.. Nak cakap pasal politik sikit ni ha. Mengikut peredaran masa yang terkini. Ahad ni, rakyat Malaysia yang layak mengundi (yang dah berdaftar, to be more precise) akan pergi mengundi dalam menentukan parti mana yang akan menjadi peneraju negara.
Saya, sebagai pengundi yang tak dapat mengundi atas dasar takut dituduh sebagai pengundi import dari Filipina disebabkan rupa saya yang sebiji macam Pinoy, menyeru kepada semua pengundi untuk mengundi dengan bijak. Jangan berlagu "Beribu Sesalan" untuk lima tahun yang akan datang.
Anyway, saya bukan nak berkempen kat sini, itu tunggu 10 tahun akan datang bila saya bertanding untuk menjadi PM non-muslim yang pertama; kalau anda bukan pemerhati politik yang sejati atau pekerja SPR, anda tidak tahu pasal benda yang akan saya tulis disini.
Kalau parti yang fames macam parti Barisan Nasional, logo dacing sudah sebati dengan parti itu. PAS pula, logo bulan atau bulat berlatar belakangkan hijau, DAP pula dengan roket, PKR pula dengan iluminati. Eh? Haha.. Bagaimana pula dengan calon-calon bebas yang pada kali ini menyaksikan sekurang-kurang 40 calon bertanding atas tiket Bebas? Logo apa yang akan digunakan oleh mereka?
Tidak perlu risau, kerana SPR telah menyediakan logo-logo yang boleh digunakan oleh calon bebas, seperti yang dibawah. Rasanya, yang paling lawak ialah logo cerek. Haha.. Kalau cangkul, okay lagi kot, maksudnya calon tu menekankan aspek pertanian, bercucuk tanam. Cerek? Haha.. Laughable. Macam-macam.
Sumber: SPR.
Anyway, antara calon bebas yang famous ialah Maimun Binti Yusuf dek pergi berkempen menggunakan basikal ja dan usia dia yang dah lanjut. Setua Nik Aziz rasanya. PRU yang lepas pun dia ada bertanding tapi kalah, kali ini bertanding lagi. Tak ku berganjak selagi tak berjasa untuk rakyat, gitu. Selain Maimun, Herman Tino pun turut bertanding untuk tiket Bebas. Siapa kah dia? Ala, yang menjadi ayah Hafiz kat Awan Nano tu. Yup, dia pun turut bertanding.
Undilah dia. Dia membawa "kunci" kepada perubahan. :)
"Hafiz!!"
p/s: Bersainglah secara sihat dan matang. :)



Comments