MAAF

Sekadar gambar hiasan. Ehh?
Ampun dan maaf saya pohon dari hati yang tulus dan ikhlas kepada sahabat handai, saudara mara yang tercinta.
Sepanjang perkenalan, dari saat mata dan hati kita mula menyulam erti persahabatan, saya arif sangat yang saya pernah menghiris perasaan kalian, menggores luka di hati dan memahat memori pahit di minda. Sejujurnya, ada sebahagian daripada kesilapan tersebut yang saya lakukan, memang bermaksud untuk menikam jiwa kalian.
Oleh yang demikian, saya sebagai manusia yang berdosa dan ingkar akan perintah Tuhan, ingin sekali lagi memohon keampunan daripada kalian. Saya menyesali perbuatan itu dan sebolehnya menggurangkannya di masa hadapan kerana tidak dapat saya janjikan kesempurnaan.
Akhir sekali, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke 54. Moga hidup kita lebih aman dan sejahtera daripada yang sebelumnya.
p/s : Kepada mendiang Anthony Dunggat yang pernah mengukir memori di hati, moga kau temui ketenangan di akhirat. Bersemadilah dengan aman.
Comments