New Laptop.. And Some Other Things Too
Actually, lama dah beli laptop baru ni. Just recently ada niat nak buat entry. Taknak juga menunjuk-nunjuk. Kalau Mac tadi, takpa gak nak menunjuk. Still, kalau boleh, elakkan tabiat showing off tu. Agak rude.
So, laptop ni kira dah usang dah. Makanya, i'm not showing off. Haha.. Pun boleh?
Actually, I beli laptop ni bukan sebab suka-suka. I beli pun sebab my curiosity yang membunuh my previous laptop. Cerita dia begini, my Compaq selalu ja buat bunyi yang bising tang bahagian kipas. Kadang-kadang, panas sangat, dia turn off sendiri. Melalui ilmu yang saya belajar time kursus 3P bulan May tu, ianya disebabkan oleh habuk memenuhi ruang kipas tersebut. So, one day, tak tahan lagi mendengar bunyi tu, I buka lah cover laptop tu. Try clean up the dust on the fan. Lepas I cuci sikit kipas tu, I pasang balik la the cover. Try to turn it on, guess what? It won't. Worst feeling ever. Menyesal yang amat. Bak kata pepatah, tikus cuba membaiki labu. (lebih kurang la bunyi dia)
Since macam-macam I try to turn it on tak dapat, so I decided to buy a new one using some money that left from the PTPTN loan. I bought the laptop, Acer, on 21st of June 2011, ditemani oleh my brother. Harga dia around RM1200 to RM1300.

Ini lah dia! Acer ja, tak mampu nokk nak beli yang mahal-mahal. For me, okay la this laptop. Cuma dia tak dapat nak survive without shut down more than 30 hours, kalau lebih, mula la ada ada benda yang tak kena. Tapi just small matter.

Merah, my favorite color. Kira jatuh cinta pandang pertama when I saw at this laptop on the display. Sekali cek harga, memang in the range of budget. So we're married on that day. Ehh?
Selesai beli laptop di IT Store, me and my brother head home la. Sedang nak turun elevator tu, I disapa oleh 2 3 orang salesman depan kedai Aowa di Bintang Megamall selepas I senyum dengan dorang yang lepak depan kedai dorang. Menyesal gak senyum dengan dorang actually. Aowa ni kedai yang jual perkakas elektrik yang go green gitu. That's what I know la. Perempuan ni, nama dia Lai, telling me that they want me to do some survey and it will only take about 5 minute. So, i was like, cool, this won't take that long. I ajak la my brother masuk ke dalam kedai dorang. Lai and Sophia ni pun mula la promote dapur tanpa gas dorang. Go green katanya. I dengar dan bertanya la soalan-soalan yang patut ditanya. Berlagak macam real and customer yang interested untuk membeli.
Puas dorang explain macam-macam barang dalam kedai tu, dorang ajak me and my brother to fill in the survey form. Sedang busy isi form tu, tetiba pulak ada lucky draw. I yang tak pernah menang satu pun lucky draw in my life, awal-awal lagi I sound Lai and Sophia yang I takkan menang punya. Time I buka the draw, sekali tengok I menang hadiah yang berharga RM5999 tapi sebab dia lucky draw, I hanya perlu bayar for RM1999 untuk tiga item yang I menang tu. Memang la lucky sebab jarang yang pernah menang, dorang cakap la. I happy jugak tapi lepas dorang cakap, kalau I tak bayar hari ni jugak, hadiah tu burn. I terus bagitau dorang yang I memang tak mampu nak bayar RM2000 hari ni jugak. So I am ready to give up the prize tapi dorang terus jugak memaksa I. I minta my brother opinion, then dorang cakap :
"Takkan adik yang buat keputusan, awak kan abang."
My brother boleh pulak bersetuju dengan dorang. Pergh. Apa punya adik. Dah la before tu, dorang cakap yang me and my brother langsung tak menyerupai satu sama lain and I look younger than him. Sebab tu kot my brother turn back on me. Lol.. Dorang ingat my brother is Chinese and I'm a Malay.
Last-last, I setuju bayar deposit sebanyak RM50 dulu.

Ni la dia bukti kes sengal tu. Si Sophia siap add me kat Facebook lagi, days after that. BTW, dorang budak Sabah.

3 benda yang I menang are Good Water System, Air Purifier and Ultrasonic. So, sekarang I berhutang dengan company ni sebanyak RM1949. Best part, it is anytime payment. I boleh bayar bila-bila I nak. Kalau I still pegang the receipt time I kerja nanti, maybe kot I ambik balik. Kalau tak, sedekah ja la RM50 tu kat dorang.
Since that day, I memang seboleh-bolehnya tak nak melalui depan kedai dorang lagi. Haha..
I asked my brother to keep this Aowa thing between us only. Confirm my mom won't understand this thing and she will think I membazir duit ja. Sampai hari ni, my mom tak tahu menahu tentang this thing. My first sister pun tak tahu. Only my second sister tahu, tu pun sebab I yang bagitau her. My brother memang pandai keep secret. :)
Balik rumah tu, I terus try the new laptop. Mula-mula dia ok tau, sekali tetiba screen dia boleh whiteout. Check punya check, dia punya monitor macam not okay. So malam tu jugak, I asked my brother to send me to Bintang Megamall, complaint this thing to the store. I marah sangat, sampai terkeluar the Mat Salleh in me, padahal dorang speak in Malay. Cuak terus muka dorang, dah la dorang speak in Chinese pun cuak jugak. Ye la, I kan sekolah Cina dulu, so I paham la apa yang dorang cakap. Dorang suruh I balik and tomorrow dorang contact I lagi.
Sampai rumah, laptop lama hidup pula. Ayo, what a day. Dia punya CMOS battery kena dikeluarkan untuk beberapa minit and then put it back on, it will on balik. I terlupa pulak bahagian tu, padahal I ada belajar benda tu time kursus 3P. -.-'
Since nasi sudah menjadi bubur, I jamah ja la bubur tu. Just make sure next time, I tak terburu-buru buat keputusan. Esoknya I dapat call from the IT Store and dorang cakap that my laptop is ready. Sekali tengok, bukannya dorang fix pun the monitor, dorang tukar the laptop ja. Padahal time I beli tu, perempuan tu cakap, this is the only one stock that they have. Nampak sangat menipu. I tau la tu strategi untuk menjual barang, tapi perlu ke nak menipu? Kan dah kena jilat ludah balik.

Ni la rupa my previous laptop lepas kena bedah segala. Still okay, cuma...

Bahagian tu dah terbuka and the monitor tak dapat nak flip sangat.

Keyboard dia pun dah macam kacang lupakan kulit. Sedeyy.. This is my first laptop and laptop yang dihadiahkan oleh my first love. Cinta kitaorang mati tahun 2009, tapi my love for the laptop yang dia bagi still living, until now. Guess it really over. Whatever, i cinta dengan duit dia ja. First first ja cinta betul-betul. Eee.. Teruknya I.. Jijik. Binatang.
Sekarang, I menyelami a new relationship with this new laptop. Moga kitaorang berkekalan hingga 4-5 tahun akan datang. Amin.
p/s : Jangan lah contohi my gold digger attitude (takda la sampai i minta emas or yang setaraf, i just minta reload, new handphone, laptop and food dari Sabah ja, dia orang Sabah bah). I pun dah kuburkan that attitude jauh di dalam tanah. Siap bakar sampai jadi habuk, baru tanam. Mencemarkan erti cinta ja. Not good and will never ever be good. Ingat karma before buat benda jahil. Ingat tu, anak ikan kalian. Ehh?
Comments