First Final Exam : DONE

My classmate yg lega lepas habis final kat Dewan Al-Ghazali.

Woohoo! Habis jugak berperang ilmu untuk kali pertama. Lega sangat. The outcome of this things, belakang kira. Kembali ke tak next sem, biarlah Tuhan yang menentukan. I redha. 


Last paper was CSC510: Discrete Structures. Ada jugak dua tiga soalan yang I tak belajar atau dah lupa. Betul bak kata orang, kita kena berdikari lebih untuk hidup Bachelor ni, tak semua yang lecturer ajar tu akan kuar kat exam. Ada juga out of topic kuar suddenly kat final, so memang kena effort sendiri kalau nak score habis-habisan. 

Anyway, lepas habis paper tu, kitaorang plan pergi karaoke ramai ramai. Buang tension, pada masa yang sama, serlahkan bakat. Hehe.. Tapi takla lepas habis paper, terus pi jalan-jalan, dengan nota-nota masih dalam beg lagi. We decide to do it after dinner. 

Ni la Fakulti Sains Komputer & Matematik. FSKeMa tapi still love it. Tempat menimba ilmu, mana boleh benci kan? Hmm..


Suasana petang yang indah dapat disaksikan di fakulti tercinta ni. Atas bukit katakan.

My roommates. Depan sekali, Joe. Pastu Stanley dan tengah tengah tu Hamid. Ni lepas habis exam, since fakulti kitaorang tu dekat dengan kolej, kitaorang memang jalan kaki ja. Jimat dan sihat.

Saja ja ambik gambar ni. Melambangkan kitaorang melangkah maju ke hadapan iaitu next sem!

Tita Ramona Charles @ Neriza, peserta #2.
Stanley Stephen, peserta #1.
Sekitar jam 9 malam, kitaorang gerak dari Seksyen 2 ke Seksyen 7, jumpa all the girls yang sedang busy mengemukkan diri dengan makanan kat Molek. Lepas makan, we go straight to the karaoke port kat Giant tu, Bintang Gemerlapan? Entah la, lupa nama dia. Janji ingat dia kat mana.

Mizah dan dua Blackberry, peserta #3
Joefairul Johari, peserta #4.
Danna & Neelam, peserta #5.
Syahira & Jackson, peserta #6.
Ni pula dalam bilik karaoke classmate yang lain lepas sesi karaoke kitaorang habis. Yang kelihatan dalam gambar ni ialah Tita, Azim & Fahmi.
Geng CS230, Joe, Tita, Stanley, Syah, Danna and Neelam. 
Lepas habis nyanyi 15 lagu, kitaorang pergi lepak kat Kamal's Corner, tempat first kitaorang makan time mula sampai kat Shah Alam. Lepak kat situ sampai jam 3 pagi kot, ni kali ke-enam I stay up kat luar sepanjang sem ni. First time, time buat system yang dapat 26 over 40, the lowest among all. Haha.. Second time, during Christmas' night. Pastu New Year 2012 pun stay up jugak. 2 lagi stay up time belajar MAT422 dan MAT423 kat McD Seksyen 3. Lepas tu, kitaorang lepak pula kat KFC Seksyen 7. I sempat tido sekejap, bangun-bangun ja terus mengidam Krushers, malangnya, dorang tak sediakan benda tu pagi pagi, so I order la coffee. Apa lagi, terus hyperactive. Coffee is my drug kalau nak stay up.

Jam 6 pagi, gate UiTM buka, kitaorang masuk dalam. Yang ada ley-ley, balik jalan kaki. Yang ada na-na, kolej dorang dekat ja. On the way balik tu, sempat lagi buat competition, sapa jalan paling laju. Of course la I yang menang. Jauh kot I tinggalkan Joe and Stan. Haha.. Well, orang kampung, mana boleh lawan kan? Kalau nak pergi my dad's long house from my mom long house, boleh guna kereta (tak sampai 30 minit) or jalan kaki meredah hutan selama sejam lebih. Biasanya jalan kaki je la and I selalu lead kat depan. So, jalan kaki is my thing guy. Mana boleh challenge. Haha.. 

Sampai kolej, bukan I terus tido pun. Mandi, cuci baju and sempat update blog. Pastu baru tido, bangun pun dah kul 1 petang. Pergh.

p/s: Cherish every moment with my classmate. Love y'all!

Comments

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296