Page 82
Page 82
Pada hari Sabtu yang lepas, maksud saya, Sabtu ini, Kolej Meranti dengan kerjasama daripada JPK Meranti telah menganjurkan aktiviti santai untuk pelajar yang menginap di Kolej Meranti yang dinamakan sebagai "Rewang Meranti." Aktivit tersebut bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara penghuni kolej selain untuk mengenyangkan perut-perut mereka. Haha..
Aktiviti tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor UiTM, dimana saya disapa dua kali oleh beliau mengenai rambut saya. Biarlah, saya memang terkenal dengan rambut saya yang menjadi mahkota semulajadi saya. Jangan cemburu.
+Joe Jambul and me, the twin.
Antara hidangan yang disediakan ialah ayam goreng, kambing panggang (tidak pasti samada saya menggunakan istilah yang betul, saya bukan budak kulinari), salad, roti bakar, buah-buahan dan sup cendawan. Agak meriah juga aktiviti tersebut, dimana pelajar-pelajar bersama-sama menyediakan hidangan untuk jamuan nanti.
Kambing yang menjadi santapan kami semua..
Sekitar aktiviti Rewang Meranti. :)
Diharapkan, semoga aktivit seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. :)




Comments