Page 83
Page 83
Pagi-pagi lagi dikejutkan dengan kehadiran teman lama yang kini menuntut ilmu di UiTM Puncak Alam, datang singgah ke kolej untuk menyerahkan video lakonan saya bersama teman sepelajaran dia. Untuk makluman kalian semua, semester lepas saya telah melibatkan diri dalam projek akhir semester pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dimana saya diarahkan untuk berlakon dalam babak-babak singkat untuk filem pendek mereka.
Ini adalah kali pertama saya melibatkan diri dalam benda seperti ini. Ya, saya pernah berlakon sebelum itu tetapi itu adalah untuk projek Bahasa Ketiga, yang mana saya rasa tidak adil untuk diambil kira. Rasanya saya pernah menulis pasal benda ini sebelum ini tapi biarkanlah, saya malas hendak meneroka balik entri-entri yang lepas.
Kali pertama saya menonton lakonan diri sendiri, terus terang saya katakan, lakonan saya dalam filem pendek ini sangat tidak semulajadi. Kemungkinan saya malu hendak beraksi di khalayak orang yang saya tidak kenali. Lagi-lagi saya harus melakonkan watak yang agak mencabar iaitu sebagai lelaki homoseksual. Mungkin anda fikir bahawa saya adalah seorang homoseksual, kenapa susah sangat hendak berlakon sebagai seorang yang homoseksual? Jawapannya, homoseksual bukanlah kelakuan yang boleh ditunjukkan dihadapan khalayak ramai dengan sewenang-wenangnya. Agak kekok untuk melakukan sesuatu yang saya tidak biasa tunjuk untuk orang awam.
Apa-apa pun, selamat menonton. Mesej yang cuba disampaikan oleh filem pendek ini, haruslah kita renung jauh.
"Secebis Rusuk Kirimu"
Dalam hal yang tiada kaitan secara langsung dengan perkara di atas, petang tadi saya merajinkan diri untuk melakukan aktiviti riada setelah lama tidak berbuat sedemikian atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang larian saya, saya menemui banyak pokok-pokok yang rebah menyembah bumi. Siapa sangka hujan lebat semalam mampu membuatkan hal seperti ini berlaku. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini, seperti mana yang saya tweet di Twitter, yang berbunyi:
p/s: God works in a way that is very magical and thoughtful.

Comments
The ending, has such a huge impact for those who watch from beginning til the end. Cause I'm afraid that some people by watching at the earlier scene they'll start to give a negative comment instead of positive well you know our Malaysian society. :-)
Overall, good job and keep it up. I'll never knew you're good in acting. Keep it up.
About those trees, it reminds me the whirlwind spool over Krokop, Boulevard, Pujut 1 and Pujut Tanjong Batu last year. Scary dude ...