Pengalaman 6 Hari Pertama di Shah Alam


Written on 25th September 2011

Hey y’all. Masuk hari ni, dah almost 3 weeks I menetap di Shah Alam ni since I memijakkan kaki di sini, 11th September 2011. So far la, I think I can deal with it. Tak la as complicated as I thought macam first few days dulu. Start nak fall in love with Selangor, tak pasti pula dengan orang orang sini. Its okay, slow slow. The more we know about someone, baru kita boleh judge them.

Lepas I dibebaskan oleh yang tersayang di Miri Airport, I mendarat di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) exactly pukul 1225am. Memang tak dapat nak tidur la atas flight, thinking of a lot of things. Dah la yang duduk sebelah kiri me tu perasan yang I ni duk tenguk dia, padahal I tengok ke luar tingkap tu. Then jumpa geng Samarahan dulu, some. I thought la kitaorang ni akan tidur kat airport, as plan before. Tup tup tup, dorang plan tidur kat hotel. Nak bagi my piece of mind, tak dapat jugak, si Kicap dah datang tu bring us to the hotel.

Lepas makan, kitaorang cari hotel. Penuh semua, kecuali Hotel Concorde. Before this, selalu gak dengar nama hotel tu, hotel gah tu. On my name, kitaorang menginap di situ dengan bayaran MYR350. Malam tu I tidur atas lantai ja, malas nak kongsi katil dengan Joefairul & Stanley. I’m in a relationship, kalau tidur dengan dorang, macam berlaku curang pulak. *muntahh!*

 Me and Tita Ramona Charles! Suka la see her with the bang. 

 Si Stanley and Joe. Joe tengah runsing sebab IC dia tercicir. Cuai sangat.

Mr Jackson, yoww.. 

Since me and Ray tak tidur atas tilam (Ray tidur dekat kerusi baring tu, Neelam & Tita tidur on the other bed), we had the privileged to enjoy the breakfast. Pergh, best kot makanan dia.

 Ni la rupa restoran dalam Hotel Concorde ni. Banyak jugak menu yang disediakan.

 Si Ray dengan potatoes wedges dia. Banyak tu..

Ni la my breakfast. I main ambik je. Bukan selalu makan benda benda macam ni. Orang tak mampu katakan.

Since Tita tak berkesempatan nak breakfast, I bungkus la 2 perasa jem untuk dia. Lol..

After that, we check out, naik tiga teksi pergi UiTM. Sampai ja kat UiTM, yang laki dihantar ke Kolej Perindu. About hours la kitaorang stuck kat situ, memang stress tahap gaban la sebab kitaorang suppose to be register at Kolej Meranti, kitaorang di pick up oleh Kicap and pukul 12pm lebih baru kitaorang dapat bilik. I memang dah habis la motivation because of that, dah la night before tak cukup tidur (4am to 7am ja), memang I refuse to go anywhere la that evening. Malam je kot baru I jalan jalan. The way I describe it here, macam tak la susah mana pun, tu sebab I malas nak cerita all the stupid things. Let it go.

Monday, kitaorang daftar as UiTM student kat Dewan Al Ghazali di Fakulti Sains Komputer & Matematik. Semuanya okay just tak buat salinan for MUET result slip, tu pun sebab dorang tak mention pun pasal benda tu dalam senarai.

Ni la Fakulti Sains Komputer & Matematik, tempat I 'lepak' untuk 2 tahun yang akan datang. Atas bukit.. 

Tuesday pulak kitaorang declare it as a holiday sebab jadual waktu for our course belum publish lagi. Me and Joefairul, ditemani oleh kenalan Joe, si Hairy, pergi buat kad pengenalan Joe yang hilang tempoh hari di LCCT.  Balik balik ja dari tu, si Hairy ni nak try I pula, based on what he texted to Joe la. He’s okay la but sorry, rejected. I bukan whore, main ambik je semua. Dia kena involve feeling.

Wednesday, kitaorang masuk kelas. Tapi kelas pagi tu bukan kelas untuk group kitaorang, so we have to go out from the class. Malu. Kitaorang lepak la kat Dataran Cendekia until 1230pm for the taklimat for our Pusat Pengajian. Lepas taklimat tu, baru kitaorang jumpa coursemates. Ada yang dah masuk kelas dah. Hmm, not a good record for me. Macam mana nak jadi a good student kalau dah escape kelas? Hmm.. Petang tu, me, Tita and Joe pergi Menara SAAS, nak claim Mini Transcript. Hujan kitaorang redah pergi Menara tu. Dozens of people kitaorang tanya along the way, sebab takut sesat. Finally, sampai jugak. Lepas claim the Mini Transcript, kitaorang lepak kat situ sementara menunggu hujan reda. Ada jugak sesi luahan perasaan berlaku disitu, kebetulan kitaorang duduk tepi tempat orang menderma darah, sekali ada makanan lebih, dorang bagi kat kitaorang bertiga. Bagai mengantuk dihulur bantal, memang melahap la makan roti roti tu. On the way balik ke Kolej, while waiting for the bus, terhasil la rakaman video lagu Turning Tables (rujuk previous blog entry) by Adele. 


Me, Tita, Joe & Maze. Me and Tita sedondon. 

Stanley, Neelam, Danna & Joe time kat Dataran Cendekia. Dah habis pusing dah mini pasar kat situ.


Maze, me and Tita. Kesian Tita, got problem with her mouth. 


Ni time taklimat Pusat Pengajian kitaorang, kat depan tu, kitaorang punya Ketua Pusat Pengajian.

Ni la Menara SAAS. For the first time pergi, punyalah susah nak pergi sini. Naik 2 jenis bas bagai, rupa rupanya boleh ja naik satu bas ja. Tempat ni memang best la, macam kat Mall ja bila jalan-jalan kat sini.

Khamis baru la kitaorang masuk the first class. Kelas Fundamentals of Artificial Intelligence. Dia subject pilihan tapi entah kenapa, tu ja pilihan yang ada. Kira subject paksaan la ni, dulu time Diploma ada jugak nak ambik course ni tapi tak jadi sebab macam susah sangat, last last belajar jugak benda ni. Hmm.. Petang pulak ada kelas Hubungan Etnik. Time ni berkenalan dengan Nani & Atikah, kitaorang sama sama pergi kelas yang berdekatan dengan Kolej Cempaka/Kenanga.  Agak kekok juga masuk kelas ni, kan dulu time Diploma, budak non muslim masuk kelas lain, yang muslim kelas lain. Sekali, lecturernya didn’t show up pun, so we all balik. Tita, Neelam and Danna ikut we all ke Medan Selera Prima 2 di Seksyen 2, dekat dengan Kolej Meranti, for dinner.

 Me and my dream car. MyVi ja, tu ja mampu nanti. Ye la, hutang dengan PTPTN dah nak RM40ribu.

Tita, Neelam & Danna, time makan kat Medan Selera Prima 2. Ayu.

Joe and Clive. Ada relationship dorang dua ni. 

Noel and Stanley. 

Jumaat pulak cuti umum sebab Hari Malaysia. So tidur je la kerja pagi tu. Petang baru pergi berjalan jalan ke Subang Jaya. First time naik kereta api. Memang batak sangat la. It was a nice experienced. Sampai kat Subang, naik Bas Mini ke Sunway Pyramid. Takda yang best sangat kat situ, kecuali ice skating tu. Ye la, mana ada beza sangat shopping complex kat Malaysia ni. Lain la u ni mampu & care about the brand, ada kot beza nya. I prefer pergi natural places. Asal Sarawak pun, memang hutan jugak yang menjadi pilihan. Tak banyak pun hottie kat situ, turn off. Balik pakai bas RapidKL, jumpa Haji pula kat PKNS. Jalan seseorang you, berani betul dia. Survivor gitu.


Batak tengok train lalu depan mata. 

Snap, first time naik kereta api. Haha.. 

Yah! Sudah sampai di Mesir! Ko hado? 

Tita, me and Joe bergambar jap dalam Sunway Pyramid lepas penat mencuci mata tengok pakaian. Tak mampu la nak beli.


Itu la apa yang terjadi on the first six days kat Shah Alam. Amacam, lengkap tak laporan I? Saja ja cerita sini, sebab confirm I akan lupa all of this in the next two years. Lol..


p/s : Dulu ada orang bagitau yang Malaya ni mana ada pokok-pokok macam kat Sarawak. Rumor ja tu, ada ja pokok-pokok kat sini. Takda la pokok konkrit semua. Okay ja so far. Gagak ja yang banyak. Seram I tengok. Merpati pun banyak depan Kolej Meranti ni



Comments

Sabry said…
Wahh!!best..amik kos apa jack??
CS230 Bachelor in Computer Science, lupa pla nak mention kat atas.. Huhu..
Best best, nanti klau ada rezeki, u sambung sini la.

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296