21st October 2010 - 21st October 2011
Damn. Dah setahun dah. Cepat betul masa berlalu sedangkan bekas perit menahan pemergian ayahanda tercinta masih lagi jelas terasa. Masih tidak dapat I lupakan lagi every moments we were together until the moment he was buried in the deep of the Earth.
Damn.
Manakan dapat lupa benda macam tu. Precious moments tu. Tak dapat di peroleh di mana mana lagi. He's my dad. The one and only. Tak dapat diganti. Biarpun setahun atau beribu tahun lagi, I akan sentiasa dahagakan belaian dan pelukan ayahanda tercinta. Hangat dan penuh kasih sayang. Rindu.
Rasa nak nangis pulak. Ok. Dah nangis pun.
Korang yang masih ada ayah tu, especially kalau ayah korang tu jenis yang bukan dayus, sila spend time with him dan sayangilah dia sebanyak yang boleh, sebelum terlambat. Dengar cakap I. All the pain and the tears I cried, that time we used to have, will never come back.
Bila terkenangkan hari terakhir I bertentangan mata dengan ayahanda, rasa sebak sangat. Tak sangka that day was the last day I met him alive. Oleh itu. every moment counts y'all. Jangan take things for granted. Ya, I still menyesal tak dapat mengembalikan diri time ayahanda tengah nazak. No wonder how much I tell myself yang benda tu dah berlaku and tak dapat diubah lagi, still rasa menyesal jugak. Things happened, still.
Rest In Peace, ayahanda tercinta, John Entinggi. I hate you, cancer.
p/s : Rindu dengan senyuman dan tawa ayahanda. Rindu nak panggil seseorang tu dengan gelaran 'ayah' @ 'pak.' :(

Comments