Friday Highlights : Lampu Tinggi Jumaat

Hey y'all. Sihat semua? Yang sakit tu, moga cepat sembuh. Yang sihat, senyum senyum lah selalu. Senyum itu sedekah. Macam baik sangatkan I ni? Padahal, hanya Tuhan ja yang tahu. Hahaha.. 

Anyway, nak habaq pasal Jumaat yang I lalui hari ni. Semalam I tido awal jam 9 lebih, bangun pukul 7 pagi dengan badan berpeluh. Panas sangat malam tu, dah I tido kat bahagian bawah katil double decker tu, memang kipas tu rasa macam bukan kipas la. Macam kipas yang amoi amoi pakai zaman Dinasti apa tah, macam tu la rasanya. Tapi tak jugak I buka baju sebab ada lecturer cakap, kalau tido dengan tak berbaju, kurang rezeki, so I believe la what he's saying since I memang kurang rezeki before this. Padan muka, tido pun nak feeling hot bagai. 

Lepas tu pergi kelas la, seperti kebiasaannya sejak 4 minggu yang lalu as a UiTM Shah Alam student. Ingat ada presentation, sebab tu pakai baju melayu, tup tup tup, presentation tak jadi. Duh.. Tengahari pula dah buat appointment nak lunch with my bffs kat CafeSA or SACafe, tak pasti. Makan nasi ekonomi ja, tapi takla ekonomi mana, I have to pay for my food for RM4 while Tita yang hampir sama lauk dia with me, siap ada air lagi, only paid for RM4.50. Tak adil betul, makan dekat Medan Selera Seksyen 2 pun macam tu gak. Tau la muka I ni macam muka orang mampu, tapi tak perlu la nak charge my food based on that. Kesian mak, baru ja nak bergaya macam orang kaya, dah kena jadi miskin balik. 

Then, surprise! Tak la surprise mana, sikit ja since Imah dah bagitau awal yang dia ada benda nak bagi. Tapi surprise jugak la bila Imah bagi I chocolate Toblerone! One of my fav chocolate. I suka chocolate ni tapi selalu makan yang free ja sebab tak mampu nak beli. Thanks Imah! Appreciate it much, walaupun my birthday was 4 days ago. Hoho.. 

Toblerone!! Thanks Imah! Ko memang terbaik!

Petang tu cadang nak pergi Bicara Alumni Matematik, I tak bagitau my roommates pun pasal tu sebab I know they tak berminat pun nak join. Kalau dorang berminat, sendiri mau cek la kat notis tu. Tapi since I ni orang baik baik, I bagitau juga dengan dorang. *pengsan* 



Last last, I ajak Tita, Imah, Stanley, Joe and Hamid. Sikit lagi kitaorang nak balik sebab Joe and Hamid dah tanya organizer pasal that event, budak course lain tak dapat join. Rupa rupanya dorang salah event, nasib ada kawan se-course Kechik, si Miza and Eka, inform dengan kitaorang. Event start at 3pm, tak ramai mana pun budak yang join that event. Biasalah, hari Jumaat, banyak yang dah balik ke rumah masing masing.  Dah biasa dah dengan senario macam ni, kat UiTM Samarahan dulu pun sebijik macam tu. I yang duk jauh dari campus hanya mampu menyampaikan salam through phone. Sedeyy mak. 

 Pembicara pertama, Puan Nora Naliny, kerja kat Sime Darby. Time dia berbicara ja I fokus. Next pembicaraan, dah hilang fokus mak. 

 Hamid, Joe and Stanley. Muka terpaksa join. 

Eka and Miza. Geng baru ni. Tambah kenalan. Dorang ramah, lagi la I ramah macam Ramlah Ram. Ehh? Kalau sombong, memang kena la dengan watak Diva I.

Harry Potter and Hamid. Perasan tak perempuan kat belah kiri gambar, belakang I? Sentap betul muka dia. Perasan gambar dia kena ambil lettew. 

Event habis jam 5. During that time, sempat jugak I bertanya soalan dengan si pembicara, atas dorongan kawan kawan. Lagipun pengerusi majlis tu cakap, dia nak budak lelaki bertanya soalan, so since ada sikit ja pelajar lelaki, I wakilkan la. Tapi sedeyy, si pembicara tu ingat I ni orang Sabah. Lepas tu pulak pengerusi cakap, 

"Mana pelajar lelaki? Sila tanya soalan."

Lebih kurang la. See, I ni memang perempuan kot. Sedeyy. Habis semua tu, I diajak oleh Hamid join event Berambeh dengan pelajar dari Sarawak kat PWTC tapi tak berminat nak join. Yes, before this nak jugak join tapi lepas wakil MPP UiTM from Sarawak text dengan I yang jumlah penyertaan dah full, I lost appetite terus. Duh, kenapa limitkan jumlah penyertaan? Ingat student from Sarawak sikit ke? Kata nak mengeratkan silaturahim tapi kenapa ambik yang sikit sikit ja? Malas mak nak layan korang lagi. 

 Tempat claim makanan & minuman petang. Kesian dorang, order makanan banyak banyak tapi tak lebih dari 10 orang pun yang attend. Perlibahasa. Kalau I ni Jackson yang lama, boleh kot I tolong melantak kuih muih tu. 

Tita and Rahimah. Muka macam tak puas hati dapat makan kuih muih ja. Lol.. 

Fokus gambar ni ialah orang orang kat luar bas tu. Orang Sarawak semua tu, sedang berkumpul menuju ke PWTC. I hanya mampu tengok dari bas ja. 

So petang tu I pergi jogging dengan Hamid since dia pun taknak ikut event Berambeh tu sebab I tak ikut. I'm getting better la, kalau dulu satu pusingan tu susah sangat nak finishkan. Tadi okay ja, siap lari lebih lagi. Pasni nak try lari 2 pusingan non stop. 

Nice view kan? Sebenarnya ambik gambar lelaki kat bawah pokok tu. Okbai.

Malam tu, Imah ajak dinner kat Dataran Cendekia. Dia cakap ada western food yang best and murah. So, I kan feeling orang US, so I on ja. I bawa Joe sekali, tak bawa nanti, dia cakap I ni macam macam pula. I tak kisah dah sorang sorang kat UiTM, tau dah mana nak pergi kalau sesat. Tak besar mana pun UiTM tu, mula mula dulu ja rasa macam besar, tu yang takut nak jalan sorang sorang. Anyway, I dinner Chicken Chop + Fries + Coleslaw. Hanya RM6 ja, kenyang y'all. 

 Me and Imah. Manis ja senyuman I. Ehh? Melampau pula angkat bakul sendiri. 

 Ni la my dinner. Sedap u.. Try la. 

Tita bergambar dengan my drink. Sunquick, gelas besar, only RM2. Puas!

Sedang sibuk makan tu, terpandang pulak banner kat belakang Tita. Tau tak, I read Daging kat 'Burger Daging Double' tu as Day-Jing, ala ala omputih gitu. Baca kali kedua baru tau yang benda tu read as Daging. Memang teruk la pembacaan I ni, ke kreatif sangat? Anyway, budak lelaki kat sebelah banner tu, alumni UiTM Samarahan jugak. Motiff? 

Lepas makan plus sesi bergambar and mengumpat, me and Joe head towards Meranti guna bas free. Tapi KA (kurang ajar) punya driver bas, dia drop us kat tengah jalan raya. Feeling murah ja mak. 

p/s : Nak cakap apa eh? Macam melalut ja lebih dalam post kali ni. Sekian je la.. 

Comments

achik ezam said…
hahahahah dis entry kelakar :)

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296