Warga Tua Teras Masyarakat

Wah, tetiba ja title entry kali ni macam dah sampai seru ja.

Anyway, during this morning class (kelas CSC463), me and Tita as usual sitting together. Memang macam kulit dan kuku la, no wonder orang assume kitaorang ni couple, tapi hakikatnya we're best friend forever. Balik to the topic, entah tetiba kita berdua boleh tercakap pasal lagu untuk Hari Warga Tua (6th October, annually) tu. Lagu yang nostalgia tu, boleh nangis kalau dengar betul betul (dulu pernah kot nangis).

So mula la mencari lirik lagu dalam laman sesawang. Nasib si Tita ingat rangkap pertama dalam lagu tu, so senang la proses pencarian tersebut. Tup tup tup, jumpa jugak. Jumpa dekat page Wordpress somebody and that somebody turn out to be my crush! Jodoh lettew (verangan!)..

Here is the lyrics (plagiarism is taking place):




Lagu Hari Warga Tua

Warga tua teras masyarakat hidup lama
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita

Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan
untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah

Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada

Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada….

Sedeyy bila read through the lyrics. Still terasa lagi kesedihan yang menusuk kalbu tersebut. Buat kita kita yang masih bergelar remaja (perasan remaja lagi padahal umo dah 21) ni, janganlah biadap dengan orang tua. Kawal emosi dan tingkah laku kita bila berkomunikasi dengan warga tua ni. Dorang sudah lama hidup teruji, dorang lebih tahu daripada kita walaupun setinggi mana you belajar. Dengar cakap, nasihat dan pesanan dorang. Jangan jadi anak derhaka. Tak baik untuk dunia dan di akhirat, di dongeng pun tak baik. Tengok je la si Tanggang tu, sampai jadi batu sebab derhaka dengan ibu dia. 



Yang pasti, bagi yang panjang umo nanti, kita semua akan tua juga, meniti kehidupan as warga emas. Oleh itu, layanlah warga tua sepertimana kamu mahu dilayan bila dimamah usia nanti. Sekian.

p/s : Thanks to AR for the lyrics! *drool*

Comments

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296