Aku Dan Perak

Hey, selamat berada di hujung minggu yang terakhir bulan Oktober 2011. Emosi I agak tak stabil hari ni (bukan hari hari ke tak stabil?), semua orang kena dengan libasan emosi tu. Dari si dia, kepada abang Pitbull di Medan Selera, ke si Joe dan jugak si Farhan. Hoho..

Anyway, talking about Farhan, hari tu dia ajak I pergi Perak, teman dorang pergi ambil jubah konvo kat UiTM Seri Iskandar. Dia ajak pergi sana on Tuesday, time tu I ada 2 kelas MAT423 (Linear Algebra). That Monday, dia beria-ria la ajak I pergi sebab dia cakap, dia tahu yang semua orang nak juga merasa feeling berkonvo ni. I pun teragak-agak nak pergi since ada kelas and I barely known him. I kenal dia pun sebab si Joe yang gatal memperkenalkan I kat dia (wah, bunyi macam urusan bapak ayam dengan anak ikan). 

Pagi Selasa tu, I still tak buat decision lagi sama ada pergi ke tak. Lepas tu terkenang pula dengan kata-kata daripada Tita :

"Bila u kenang balik masa masa yang lampau, akan ada benda yang buat u terpikir, menyesal pula tak buat benda tu benda ni."

Lebih kurang la macam tu dia cakap. So, based on that quote, I kuatkan semangat and decide to go to Perak! Ye la, I pernah cakap to myself yang I akan menjelajah seluruh Malaya kalau I sambung belajar kat Shah Alam one day, so I nak kasi 'checked' that wishlist. Before pergi Perak, I hanya pernah pergi Terengganu dan Johor ja. Took this opportunity to accomplish my wish. Selain itu, kelas MAT423 tu macam tak dapat nak masuk sangat. Belajar sendiri lagi paham kot (walaupun hakikatnya tak paham juga). My name pun ada terselit dalam surat pengecualian pergi konvo kat Sarawak (budak UiTM Sarawak konvo on Monday & Tuesday), so kira a good move la pergi Perak ni. Pasal my security, I dah berkali kali minta jaminan daripada si Farhan, I siap cakap dengan dia yang I ni ada famili yang perlu disara kat Sarawak, in case dia nak buat apa apa kat I nanti. Dia pun dah janji. 

I packed my things and keluar daripada kolej without any knowledge by my roommates. I tak bagitau sesapa pun pasal this trip sebab takda sebab nak habaq dengan semua orang. Nanti cerita sana sini, tetiba trip cancel, I pula yang malu nanti. I don't even inform my mom. I bawa my bag pergi Kolej Jati, pergi bilik si Farhan and having breakfast with him and Syafiq (his bff). Lepas tu kitaorang bergerak ke Kolej Mawar, pick up kawan betina (that's how Farhan address them, trust me) si Farhan. Dua budak Kelantan, sorang budak Penang.

Kitaorang bergerak keluar daripada Shah Alam sekitar jam 9 pagi. Tengah on the highway pergi Perak, I text si dia and I dapat text from Stanley, he asked me where the hell i am. I asked him to look at my softboard sebab I ada tinggal nota kat situ pasal pemergian I ke Perak. Lepas ja tu, Stanley pergi tweet pula kat Twitter. I terus dapat dua text daripada Joe and Rahimah. Si Rahimah siap merajuk pula lepas tu, siap silent treatment for days. Si Joe pula fikir I pergi Perak berdua dengan si Farhan ja. Duh, i'm not that whore okay? 

My bad jugak tak bagitau dorang. Tapi memang perangai buruk I ni tak dapat nak kikis. Dari rumah kat Miri pun selalu macam tu, bukan nak bagitau pun dengan my mom or family pasal my whereabout. Tau tau ja dah start kerja kat area E-Mart or Imperial Mall tu. Tu belum lagi dengan my roommate time diploma kat UiTM Sarawak dulu. Pagi nak berangkat ke Terengganu tu, baru dorang tau yang I nak pergi Terengganu. Tu pun sebab I tak dapat nak cover sesi packing barang barang. Kalau tak, memang I cao terus until dorang tanya where the hell i am. Lol.. Serious, perangai I ni memang boleh buat orang marah. I pun tak tahu kenapa I boleh buat macam tu. Will change that, if possible.

Anyway, menarik jugak la pemandangan along the way pergi Seri Iskandar. Ada air terjun dan gua batu kapur. Tak kurang jugak pemandangan orang yang menyambut perayaan Deepavali, balik kampung. Kitaorang sampai kat Seri Iskandar sekitar tengah hari, memang panas sangat la. I thought dorang yang ajak I pergi UiTM ni, belajar kat UiTM Seri Iskandar tapi rupa-rupanya dorang belajar kat UiTM Kuala Lumpur tapi konvo kat UiTM Seri Iskandar. No wonder dorang pun tak tau macam I, kawasan UiTM Seri Iskandar ni.

Lepas segala process ambil jubah selesai, standard la sesi ambil gambar pula kat area UiTM Seri Iskandar. Tak lupa jugak kitaorang bergambar kat area Universiti Teknologi Petronas (UTP). I join jugak la menyarung jubah si Farhan, padahal si Farhan saiz XL and I pula saiz M. So memang jubah sangat la yang I pakai tu. 

Time ambik jubah. Abang baju putih tu siap suro I pakai jubah saiz M when he found out yang I tak pergi konvo kat UiTM Sarawak. Mesra gitew.


Bergambar depan main office UiTM Seri Iskandar. Me, budak Penang - Fira, budak Kelantans - Wan Nik & Syikin (?), dan Syafiq.

Ni on the way ke lokasi penggambaran kat UTP.

Lepas tu, drop off budak Kelantans kat UiTM sebab dorang bermalam kat Perak while budak Penang tu pulak dihantar ke terminal bas di Ipoh. Dari Ipoh ke Shah Alam, I memang tido ja la, lagi lagi I ni kaki tido dalam kereta (bagi perjalanan yang jauh). Lagipun hari sudah malam, memang takda pemandangan yang indah. Tup tup tup, kereta Syafiq stop depan Kolej Jati. Nyenyak sangat tido dalam kereta.

Overall la, I can't say I don't like Perak sebab I pun bukannya pergi ke seluruh Perak. Just area Seri Iskandar and Ipoh ja. Tak fair la I cakap dia tak best kan? But the trip was fun especially I don't have to pay any money on that. Wee!

Ni la gambar I berjubah. Besar tak jubah tu? Feeling jadi Hajjah jap. BTW, ada lagi gambar I tapi kat kamera dorang, so tak terambil lagi. 

p/s : Merasa jugak bergambar menggunakan jubah konvo tapi rasa dia biasa biasa ja, not that excited, tak sama kot kalau dengan real coursemates. Ke I yang takda feeling langsung nak berkonvo? Entahla. 

"Hati hati pergi Perak,
Makan hati hati, sakit perut nanti terberak berak,
Keje banyak, meja pon berselerak.
Cakap banyak, suara pon dah serak,
Ok.
Dah gerak?
Selamat bergerak."
-Pesanan daripada si dia-

Comments

hey u uitm s.alam kan now?? kos ape??
and u baru2 ni konvo erk??

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296