Dua Atau Lebih Daripada Itu
Written on 5th October
2011
Kadang kadang, makanan tu habis
dimakan bukan sebab dia sedap yang amat tapi sebab terkenangkan duit yang
akan/dah dibayar untuk makanan tersebut. Ye la, duit digunakan untuk membeli
makanan tapi makanan tak habis, membazir kiranya. Selain itu, makanan habis
dimakan sebab terkenangkan masyarakat dunia terutamanya di Afrika yang tak
mampu nak makan sebab tak cukup sumber makanan. Macam tak bersyukur pula bila
membazir makanan sedangkan kawan kawan kita di Afrika menderita sampai boroi
perut sebab tak cukup zat dan sumber makanan. Sebab lain makanan tu habis
dimakan ialah bila anda lapar sangat macam masyarakat di Afrika dan anda tak
mampu nak membeli makanan selalu.
Tu pasal makanan. Ni pasal
bayaran pula.
Kadang kadang, kita membayar
sesuatu yang kita beli dengan wang besar bukan sebab kita ni jenis yang minta
puji, kaya dan tak main la simpan wang kecik dalam dompet. Bukan begitu ya,
tapi sebab kita hanya ada wang itu sahaja dalam dompet kerana baru ja bank out
duit.
Nampak tak apa yang I cuba
sampaikan disini? Tak nampak? Ko memang buta bahasa Melayu. Hmm..
Anyway, maksud I disini ialah,
satu benda tu boleh memberi seribu satu makna. Tanggapan kita terhadap sesuatu
tak semestinya betul dan tepat pada sasaran. Kadang kadang, ianya something out
of the box yang anda tak pernah fikir pun. Sebaik-baiknya, jangan straight to
the point bila menilai sesuatu situasi.

Comments