GSS UiTM & 10/10

Hey y'all! Y'all okay? Moga okay okay hendaknya. 

Anyway, semalam (8/10) me and my roommates, they're all from Sabah and Sarawak, decided to attend this event held by a club called Gabungan Siswa Siswi Serantau (GSS) named Malam Jalinan Mesra. Tujuan event ni adalah untuk berkenalan antara satu sama lain between student lama and baru yang berasal dari Sarawak dan Sabah dan merantau jauh ke Shah Alam untuk belajar. 

Niat utama kitaorang join event ni adalah sebab makanan disediakan. So, dapat la jimat duit untuk dinner kalau join event ni. Niat lain? Untuk mengisi masa lapang di hujung minggu. Terperap dalam bilik pun boring jugak kan?

The event start pukul 8 tapi standard la, diva kena datang 30 minit lepas the event started. Duduk ja I kat dalam Dewan Kuliah H tu, terus perempuans yang duduk belah kanan I nak berkenalan bagai. Siap tanya nama lagi. I, yang dah terbiasa dengan keadaan digilai peminat, pun layan ja. Best thing, dorang tak tegur pun dorang Joe and Stanley yang duduk sebelah kiri I. Apa lagi, perasan hot tu membuak buak. Mostly Sabahan la dalam dewan tu. Cultural shock jugak mak walaupun pernah bercouple dengan orang Sabah. Feeling macam kat Sabah pulak.

Ni la keadaan dalam dewan tu. I duduk kat atas sebab datang lewat.

Lepas nyanyi nyanyi lagu Negaraku, dorang buat introduction of the AJK group tu. Ada sorang budak kendu antara AJK group tu, sekali dia introduce diri sendiri, orang Miri rupanya. Patutlah I ada taste dengan dia. Apa lagi, I terkial kial jugak beritahu satu dunia yang I ni berasal dari Miri. Sondal sangat. Move on, then dorang punya penasihat buat speech kat depan plus video presentation of the activities yang dorang dah managed on last semester. Pastu dorang buat sesi soal dan jawab secara gelabah. Ye la, when this guy from Sabah asked them on where the hell the last semester fee yang dorang bayar, bukan main gelabah lagi AJK menjawab soalan tu. Relax la brader, dorang just asking, tak perlu la nak emo emo. Memang macam ada masalah sikit la group ni, based on what I saw on that night la.

 Ni time video presentation. Yang kendu tu, ada dalam gambar ni and gambar kat atas. Okbai.

JJ and JJ. Jackson John and Joefairul Johari. Nama ja sama tapi paras rupa dan dalaman, lain lain okay? 

Anyway, habis event tu, dorang bagi makanan free. Mee hoon je. Syukur jugak la, janji ada. Time dorang distribute the food, mata I terjojol tengok this kendu yang lain. Time I sebut, "Kendu nya..", dia terpandang I pula. Malu yang amat puji orang depan depan. Pastu I buat tak tau ja tapi sempat paparazzi gambar dia. Hoho.. Kenj sangat. Tapi rupa rupanya dia orang Malaya, pekat sangat dia punya slang. Sengaja lettew menyelit masuk meeting ni, cari orang Sarawak ke? Lol.. Banyak banyak orang Sabah & Sarawak kat situ, orang Malaya jugak I yang taste. Takpun, orang Miri. Hmm..

Ni la time dorang bagi makanan tu. Dorang distribute jugak kupon untuk claim cop aktivit. No kupon I 99, lucky tak? 

 Eh, sapa pulak ni? Sendiri mau paham la.

 Lawa tak? Ni la Menara Sains & Teknologi. First time I gi sini, ye la, I bukan student engineering pun. Tak mampu otak mak nak sepandai itu. 

Ni acara karaoke kat Dataran Cendikia or UiTM Student Mall. Dorang tengah nyanyi lagu Nora, Persimpangan Delima. Eh? Betul ke Delima. Confuse mak.

Y'all. Esok is my birthday yang ke 21. Excited ke tak? Mostly tak la. I don't feel like celebrating it. Cukup cukup ja la wish dari sesetengah pihak. Hari tu ingat nak block my wall dari any of my friends to post something on that tapi tak jumpa pulak setting dia. Bukan berlagak diva, tapi I just don't want it. Ada yang wish ala ala tak ikhlas, ada yang baik wish panjang panjang. So, kalau tak ikhlas tu, paham paham je la, jangan memandai nak menyemak my wall esok. One thing, I taknak la main tepung tepung or telur ni, i don't have the excitement to be crazy esok. Kelas from 830 till 6pm, pastu malam tu ada ceramah kat kolej, so jangan memandai nak menyelit anything beyond that. Kalau makan makan kat kedai mamak, memadai lah for me. Takyah nak vogue bagai. Please? Tak sanggup mak nanti ada yang meninggal dunia lagi after vogue vogue punya celebration. Ehh, emosi lebih pulak.

Entah, sejak I menangis kerana cinta on 2nd October which is the first time I ever crying because of someone I love, I dah takda mood nak feeling over over. Lebih lebih lagi, 21st October nanti cukup setahun my dad passed away. Tak sangka, dah almost a year I dah tak menggunakkan ayat 'Pak' (that's how I addressed my dad). Of course, yang mati tu, mati jugak, yang hidup ni kena jugak hidup macam biasa. I buat macam biasa la ni cuma ada certain part yang I tak dapat nak coverina lagi.

Petang tadi my mom called and she asked whether I dah makan ke belum. I cakap la terus terang yang I tak makan apa apa lagi. Hilang selera tetiba nak brunch tengahari tadi. Mom pun cakap la, tak baik tak makan, kang sakit nanti, apa guna belajar jauh jauh? So i jawab la, my standard answer,

"Mati je la. Senang cerita."

Ada argument sikit after that before she actually agree with me. Ye la, my dad yang mati tu pun macam senang ja kat atas tu. Lol.. Kurang asam tak bunyi ayat yang I taip ni? Ok, sorry.

Anyway, I love my life, my family, my friends and NN, don't worry. 

Comments

Unknown said…
LAST WORDS I LIKE...HAHAHA
Oi, diam diam sudah.. :PP
I love NN.. :PP

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296