Merapu Merapu Merapu

Apa khabar, semua? Tidak menentu? Apa hendak dibuat, sudah liku-liku kehidupan ditakdirkan sebegitu rupa.

Terkejut atau tidak saya menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk post kali ini? Bersedialah anda semua berasa canggung dengan tulisan saya kali ini. Alasan sebenar saya menggunakan Bahasa Malaysia adalah atas dasar saya ingin mengumpul seramai mungkin pembaca dari Malaysia. Bukan bermaksud untuk mengutuk orang Malaysia tidak pandai membaca Bahasa Inggeris, tetapi saya rasa semua penduduk Malaysia akan lebih selesa membaca sesuatu dalam bahasa yang menjadi bahasa kebangsaan negara. Sejak dua menjak ini (sudah beberapa bulan sebenarnya), rata-ratanya pembaca blog saya berasal dari Amerika Syarikat. Ini mungkin disebabkan post-post saya yang dekat di hati dengan orang Barat seperti America's Next Top Model dan carta lagu-lagu Barat. Dengan penulisan saya untuk kali ini, saya harap lebih banyak pembaca berasal dari negara kelahiran saya. Selain itu, dengan pengisian iklan-iklan Nuffnang di bahagian kanan blog ini (yang banyak berkaitan dengan produk-produk Malaysia), moga pendapatan internet saya dapat meningkat (berangan ada pendapatan).

Seterusnya..

Saya agak berdiam diri dalam hal-hal berkaitan dengan niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi, sementelah kawan-kawan saya kecoh sejak bulan March menjelma. Adakah saya akan menyambung pelajaran setelah tamat Diploma (pernah saya sampaikan hasrat untuk bekerja selepas tamat Diploma, tidak lama dahulu)? Tidak sama sekali. Cuma saya memerlukan masa untuk membeli (bukan berfikir) nombor pin. KKK (Ketawa Kuat-Kuat)! Apabila sudah sampai masanya, saya mungkin memilih yang seboleh-bolehnya tiada kaitan dengan Matematik sebagai subjek utama. Sepanjang saya belajar Matematik di UiTM Samarahan (di SMKDP dahulu pun tidak pernah lulus subjek Matematik Tambahan kecuali semasa SPM), tidak pernah sekali saya memperoleh A (atau lebih teruk A-) dalam subjek tersebut. Bayangkan jikalau saya belajar benda yang hampir sama tetapi lebih dalam dan spesifik, sudah semestinya saya tidak akan berganjak dari subjek tersebut. Bagaimana pula dengan sistem? Jangan ditanya. Rakan-rakan sama kursus tahu bahawa saya amat teruk bahagian tersebut.

Apa-apa pun, saya sudah hampir siap dengan projek latihan amali saya di Pustaka Miri. Ada dua tiga bahagian lagi yang belum disentuh. Miehoon dan Siti Rahimah pernah menyaksikan projek saya ini. Tiada elemen kejutan untuk mereka berdua. Disebabkan saya tidak mahir membuat sistem (dan usul saya untuk membuat sistem telah ditolak dengan baik oleh organisasi), saya membuat Courseware (tiada terjemahan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia). Di bawah adalah sepintas langsung tentang bagaimana rupa benda alah tersebut :

Agak klise bukan? Bahagian "Pustaka Miri" itu ada kesan khas (wah, macam hebat sangat) yang tidak dapat ditangkap dalam gambaran statik.

Sampai disini sahaja hirisan idea saya. Harap-harap anda semua muntah membaca tulisan saya. KKK!

p/s : Saya berharap Cikgu Bahasa Malaysia saya dahulu masih boleh berbangga dengan penulisan saya. Agak tunggang langgang sudah.

Comments

pingum0t said…
hehehe,,kalah sy pnya bm..:P
sy suke!!sbb ada nama pnuh sy kat ctu..kekkeke..
Haha.. lama dowh xtulis dlm full BM.. saja nak test power balik..
happy la? Cari kat google, dh ada search result.. lol..
pingum0t said…
haahh!!!adehhhhhhh,,,sje je kmu..kalo de org crik, sy slhkn kamu..(prasan lebih)..haha:P

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296