SPM - Selamat Petang Malaysia (Joke! Lol..)

Itu dia. Terbongkar sudah rahsia sulit kerajaan di bawah pimpinan Datuk Jackson John (dengan pembubaran DUN Sarawak, saya melantik diri saya menjadi pemangku N65 Senadin, Miri). Jangan risau, bukan video seks. Datuk masih bujang lagi, tidak pernah menjalinkan hubungan seks lagi. Haha..

Apa-apa pun, esok adalah tarikh keramat atau penentu hala tuju kehidupan semua remaja yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Sebagai menghormati ('commemorate' dalam Bahasia Malaysia apa eh?) hari keramat tersebut, saya mendedahkan keputusan SPM saya. Jangan risau, saya bukan calon SPM 2010. Saya sudah cukup tua untuk berkeluarga. Lurus kepada titik, saya mengambil SPM pada tahun 2007. Saya memang sudah menjangkakan tepat keputusan SPM saya kerana saya tahu kemampuan saya. Saya bukanlah pelajar genius, maka keputusan SPM saya tidaklah klise.

Sudah empat tahun berlalu, sampai hari ini saya masih tidak ingat keputusan saya. KKK. Banyak sangat taburan huruf, mana tidaknya. Hari ini saya selongkar balik fail-fail kerajaan dan saya temui slip keputusan SPM saya. Agak terkejut juga apabila mengetahui saya mendapat 5C untuk subjek Biologi (teringat zaman peperiksaan semester, saya meniru rakan sekelas punya eskperimen semasa dia pergi ke tandas. KKK). Selain itu, saya juga terkejut dengan subjek Matematik yang mendapat 1A. Tidak pernah sekali saya mendapat A semasa peperiksaan semester.

Hikmahnya, jangan sangsi dengan kemampuan diri yang sebenar. Tidak kira macam mana keputusan SPM anda, yang penting adalah esok. Tambahan, di zaman serba boleh ini, setakat SPM sahaja, tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi yang lahir tahun 1990 ke atas. Jangan kecewa sangat sebab ianya sudah terjadi. Maju ke hadapan dengan langkah yang lebih teratur adalah keputusan yang terbaik yang anda boleh lakukan. Baik Nasib!

p/s : Baik Nasib = Good Luck. :P

Comments

Anonymous said…
pandai eh!!!
ya i like!! soalan bocor paling i like, LOL
Gerald - neyda.. biasa2 jak ya.. huhu..
TRC - me too! Sanggup menghafal mati2 jawapan dia.. lol..
Anonymous said…
boleh dikatakan pandai la tue, 4A tue.. aku 1A jak.. nok lain, hampeh.. hahh.. tapi lulus la!!

Popular posts from this blog

First drama of 2018

My Mom..

Page 296